My Happiest Day

Daisypath Anniversary tickers

Jun 22, 2011

Lelaki Cantik Wanita Gagah

Pelikkan tajuk dia...Ada ke lelaki cantik, tapi wanita plak gagah...Okla...Sila baca entri ini..

KECANTIKAN LELAKI

Kecantikan seseorang lelaki bukan kepada rupa fizikal, tapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan, tapi pada kekuatan perasaan. Wanita yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tabah menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi perempuan.

Marilah kita sama-sama berusaha ke arah menjadi wanita yang gagah. Bukan gagah perkasa utk berperang di medan perang tapi gagah mengawal diri sendiri. Berusaha utk menjadi perempuan solehah..Aminnnn

No comments:

Post a Comment