My Happiest Day

Daisypath Anniversary tickers

Jun 21, 2011

Kadar Elektrik Baru

Tahukah kamu semua yg kadar elektrik terbaru telah berkuatkuasa sejak 1 Jun 2011. Sebelum ni sy tak pernah amik kisah pon psl bil letrik kt umah sewa sy. Yela cukup bulan byr je duit umah kt zila. Bila masuk je gaji, sy tnya je zila. Bila dh tau brape jumlah dia, terus bg je duit kt zila. Adehhh..Tp skrg ni sejak umah sewa sy telah dikunjungi tetamu yg tak diundang, duit umah sy yg kutip. Kesian jugak kt zila, dh 2 tahun dia je yg kutip duit umah. So, dgn rasa rendah diri sy pon telah menawarkan diri utk kutip duit umah. Tp dgn syarat duit rumah tu kena bayar online. Sng kan. Jadi, xde la kena simpan duit cash byk2 masa tuan umah nk dtg kutip sewa. Cashless. Sy suka sy suka..Hihih...Bil letrik, astro & bil air pon sy dh byr guna maybank2u.com. Sng n cpt. Pantas gitu...

Okla..Dh panjang mengarut psl rumah plak...Disini sy bg info psl kadar letrik yg baru..

Kenapa kadar elektrik perlu dinaikkan?

Kenapa ye? Kesian kita sbg rakyat ni kan. Dh la harga petrol naik. Bila harga petrol dah naik, byk la harga brg2 lain yg naik. Skrg ni kadar elektrik pulak naik. Berikut adalah maklumat daripada kerajaan kenapa kadar elektrik perlu dinaikkan.

Ini adalah kerana peningkatan kos tenaga yang semakin ketara.

Menjelang 1 Jun 2011, TNB menanggung kos gas asli pada kadar RM13.70/mmBTU(British Thermal Unit). Peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding harga semasa iaitu RM10.70/mmBTU, berdasarkan keputusan kerajaan untuk menyemak mekanisme harga gas asli yang mencerminkan harga pasaran. Penyemakan akan dibuat setiap enam bulan.

Disebabkan peningkatan gas asli, bil TNB juga akan meningkat kepada lebih kurang RM1.5 bilion setahun.

Harga arang batu, yang menyumbang kepada 48.3 peratus kos tenaga oleh TNB juga telah meningkat. Arang batu kini dijual pada US $120 per tan berbanding US $85 per tan pada 2009.

Pada masa yang sama, harga arang batu juga telah meningkat.

Tarif baru ini dirangka berdasarkan harga arang batu pada US$85/tan CIF pada semakan Mac 2009. Sejak dari itu, purata harga arang batu telah meningkat sehingga US$120/tan CIF baru-baru ini.

Semakan tarif ini juga dilaksanakan bagi menampung sebahagian daripada peningkatan kos pembekalan elektrik sejak 2006. Peningkatan jumlah modal, peralatan dan perbelanjaan bahan mentah serta pembangunan infrastruktur penyediaan elektrik telah mengakibatkan keadaan semakin meruncing.

Semakan kadar elektrik perlu bagi mencerminkan kos-kos yang semakin meningkat ini.

Bil elektrik terbaru

Bermula 1 Jun 2011, kadar purata elektrik untuk pengguna domestik akan meningkat sebanyak 4.52%.

Pengguna domestik yang mengguna di antara 1 hingga 300 kWh sebulan tidak akan terjejas dengan tarif baru. Mereka masih menikmati kadar subsidi 21.8 sen/kWh. Kadar elektrik ini tidak bertukar sejak 1997. Ini merangkumi kesemua 200,000 isi rumah miskin di Malaysia.





















Kadar elektrik terbaru















5 comments:

  1. wow..full of info! aku pn mmg tak pnah amik tau psl bil2 letrik nih. cukup bulan baya bil. itu pn bukan aku yg baya. laaagi la aku tak amik kesah. truk kn? heheh..tp tu la, same case here..aku pn salu tinggal mcm tu je brg2 letrik. tak tutup main switch. kt opis same, kt rumah pn same. isk2..membazir tol! kne amalkan nih! :D

    ReplyDelete
  2. ehehhe..saje je tambah ilmu pengetahuan..sama la kita ayu..dlu x pernah nk amik kisah pon...skrg ni br timbul kesedaran..sama2 la kita jimat tenaga yer...sayangi bumi kita nan hijau ni...as 1st step...tutup smue main switch bila dh siap guna..

    ReplyDelete
  3. yosh! sayangi bumi kite! (er..itu pn kalo x lupe nk tutop switch2 tu seme la..haha~)

    ReplyDelete
  4. bantahan yang arif.... kurang research....

    TNB x generate electric.... they dont have the power plant.......

    ReplyDelete
  5. err...ye ke awk? abis tu sape yg generate electric? so TNB buat ape?ce citer skit

    ReplyDelete