My Happiest Day

Daisypath Anniversary tickers

Jun 28, 2011

LoVe

A special smile a special face,
A special someone no one can replace.
I love you and always will,
You’ve filled a space no one could fill.

Jun 22, 2011

Lelaki Cantik Wanita Gagah

Pelikkan tajuk dia...Ada ke lelaki cantik, tapi wanita plak gagah...Okla...Sila baca entri ini..

KECANTIKAN LELAKI

Kecantikan seseorang lelaki bukan kepada rupa fizikal, tapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

KEGAGAHAN WANITA

Kegagahan seorang wanita bukan pada pejal otot badan, tapi pada kekuatan perasaan. Wanita yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tabah menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi perempuan.

Marilah kita sama-sama berusaha ke arah menjadi wanita yang gagah. Bukan gagah perkasa utk berperang di medan perang tapi gagah mengawal diri sendiri. Berusaha utk menjadi perempuan solehah..Aminnnn

Langkah penjimatan tenaga

Sekarang ni dah banyak kempen2 penjimatan tenaga di jalankan oleh kerajaan. Contohnya; iklan kat suratkhabar dan dalam TV. Saya tahu susahkan nak buat benda yang kita tak pernah buat. Tapi kalau kita tak mulakan siapa lagi nk mulakan. Jadi, jom kita sama2 mulakan dari sekarang yer. Sila baca langkah penjimatan yang saya senaraikan kat bawah ni. Kita cuba buat mana yang termampu yer. Go Go Green... =D

LANGKAH PENJIMATAN TENAGA

1) Padamkan peralatan elektrik atau lampu, jika tidak digunakan

Jika anda tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik buat jangka masa yang panjang, sila padamkan dan cabut palamnya daripada suis. Peralatan yang berada dalam mod siap sedia atau pengecas bateri yang dipasang masih menggunakan sejumlah tenaga yang kecil.

2) Gunakan lampu neon berkecekapan tenaga

Gunakanlah lampu neon atau floresen kerana ianya menggunakan tenaga dua pertiga kurang daripada lampu pijar dan dapat bertahan enam hingga 10 kali lebih lama. Lampu ini juga kurang menghasilkan haba.

3) Gunakan mentol watt lebih rendah

Daripada menggunakan mentol 100-watt, anda mungkin memerlukan hanya mentol 60 watt untuk beberapa bilik dan ruang di rumah anda.

4) Gunakan peti sejuk anda dengan bijak

Biarkan makanan yang dimasak sejuk terlebih dahulu sebelum menyimpannya ke dalam peti sejuk dan rancang simpanan makanan dan bahan mentah anda dengan bijak dan efisien kerana peti sejuk yang terlebih muatan akan menggunakan lebih banyak tenaga. Juga pastikan peti sejuk ditempatkan sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding untuk mengelakkan motor peti sejuk anda rosak.

5) Optimumkan penggunaan mesin basuh anda

Basuh pakaian anda menggunakan air paip biasa dan basuhlah dalam kuantiti yang banyak. Apabila anda ingin membasuh sedikit pakaian, pilihlah tetapan yang bersesuaian dengan kuantiti pakaian anda pada mesin basuh. Cuba jemur pakaian anda seperti biasa daripada menggunakan mesin pengering yang tidak cekap tenaga.

6) Selenggara unit pendingin hawa anda

Bersihkan penapis udara pada pendingin hawa anda kerana penapis yang terlalu kotor menggunakan lebih banyak tenaga untuk beroperasi. Tetapkan suhu pendingin hawa di antara 22 hingga 26 darjah Celsius untuk keselesaan yang optimum.

7) Sejukkan rumah anda dengan mengurangkan haba dalaman

Selain daripada memadamkan peralatan elektrik mahupun lampu yang tidak digunakan, anda juga boleh menggunakan langsir bagi menapis sinaran matahari secara langsung ke dalam rumah anda. Apabila memasak, pastikan pengaliran udara dengan betul agar haba tidak mengalir ke ruang lain di rumah anda.

8) Ganti peralatan elektrik yang lama

Peralatan elektrik yang baru menggunakan kurang tenaga berbanding yang lama. Sebagai contoh, peti sejuk yand berada di pasaran kini menggunakan kurang 40 peratus tenaga berbanding model peti sejuk 10 tahun dahulu.

9) Semak Kecekapan Tenaga pada Peralatan Elektrik

Jika anda merancang untuk membeli peti sejuk baru, pastikan anda membuat perbandingan kecekapan tenaga pada model-model peti sejuk pilihan anda. Penilaian Kecekapan Tenaga diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada 2005, bertujuan memberikan informasi kepada pengguna dengan menggunakan sistem kedudukan melalui bintang berdasarkan kecekapan tenaga sesuatu model peralatan elektrik tersebut. Ianya dinilai dengan satu bintang bagi tidak cekap sehingga lima bintang bagi paling cekap tenaga.

10) Pilih 'Star Energy'

Begitu juga ketika memilih komputer atau peralatan komputer, anda boleh memilih jenama dan model yang memaparkan logo Star Energy. Peralatan ini telah memenuhi garis panduan kecekapan tenaga yang telah ditetapkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat.

Gas asli & arang batu dgn elektrik

Ok. Skrg sy dh tau apa kaitan gas asli & arang batu dgn elektrik. Better late than never..Ayat selamat...ahahha..

Sila baca info kt bwh ni yer...Diharap membantu..

Memandangkan 50% daripada campuran kos bahan api (fuel cost mix) untuk pembekalan elektrik adalah daripada gas asli, pertambahan kos bahan api disebabkan oleh semakan harga gas ini menyumbang kepada kenaikan tarif elektrik pengguna.

Salah satu komponen utama lain dalam kos bahan api TNB ialah kos arang batu . TNB hanya mendapat balik sebahagian daripada kos pembelian arang batu kerana semakan tarif kali ini masih berdasarkan kepada harga arang batu pada USD85/tan CIF1 (CV5500 kcal/kg) (sebagaimana harga yang digunapakai semasa semakan tarif pada Mac 2009) walaupun harga purata arang batu bagi enam bulan pertama TK2011 adalah USD100/tan CIF dan pada ketika ini harga arang batu adalah sekitar USD 120/tan CIF.

Ooo..rupa2nyer, arang batu & gas asli digunakan utk menghasilkan elektrik. Sebelum ni tatau pon mcm mana elektrik dihasilkan. Reti guna jer. Skrg ni dh tau, so kena jimat2 yer guna letrik...ehhe

Jun 21, 2011

Sambung kerja

Okla yer. Itu saje info psl kadar elektrik baru. Tp sy x paham la kenapa bil letrik naik bila harga gas asli & arang batu naik. Klu ada sape2 tau. Tlg share. Maklumla, sy ni kurang ilmu skit..Hehe

Next entry nt sy akan bg info psl langkah penjimatan tenaga plak yer....Ok2...Buat keje dlu..Tata

Kadar Elektrik Baru

Tahukah kamu semua yg kadar elektrik terbaru telah berkuatkuasa sejak 1 Jun 2011. Sebelum ni sy tak pernah amik kisah pon psl bil letrik kt umah sewa sy. Yela cukup bulan byr je duit umah kt zila. Bila masuk je gaji, sy tnya je zila. Bila dh tau brape jumlah dia, terus bg je duit kt zila. Adehhh..Tp skrg ni sejak umah sewa sy telah dikunjungi tetamu yg tak diundang, duit umah sy yg kutip. Kesian jugak kt zila, dh 2 tahun dia je yg kutip duit umah. So, dgn rasa rendah diri sy pon telah menawarkan diri utk kutip duit umah. Tp dgn syarat duit rumah tu kena bayar online. Sng kan. Jadi, xde la kena simpan duit cash byk2 masa tuan umah nk dtg kutip sewa. Cashless. Sy suka sy suka..Hihih...Bil letrik, astro & bil air pon sy dh byr guna maybank2u.com. Sng n cpt. Pantas gitu...

Okla..Dh panjang mengarut psl rumah plak...Disini sy bg info psl kadar letrik yg baru..

Kenapa kadar elektrik perlu dinaikkan?

Kenapa ye? Kesian kita sbg rakyat ni kan. Dh la harga petrol naik. Bila harga petrol dah naik, byk la harga brg2 lain yg naik. Skrg ni kadar elektrik pulak naik. Berikut adalah maklumat daripada kerajaan kenapa kadar elektrik perlu dinaikkan.

Ini adalah kerana peningkatan kos tenaga yang semakin ketara.

Menjelang 1 Jun 2011, TNB menanggung kos gas asli pada kadar RM13.70/mmBTU(British Thermal Unit). Peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding harga semasa iaitu RM10.70/mmBTU, berdasarkan keputusan kerajaan untuk menyemak mekanisme harga gas asli yang mencerminkan harga pasaran. Penyemakan akan dibuat setiap enam bulan.

Disebabkan peningkatan gas asli, bil TNB juga akan meningkat kepada lebih kurang RM1.5 bilion setahun.

Harga arang batu, yang menyumbang kepada 48.3 peratus kos tenaga oleh TNB juga telah meningkat. Arang batu kini dijual pada US $120 per tan berbanding US $85 per tan pada 2009.

Pada masa yang sama, harga arang batu juga telah meningkat.

Tarif baru ini dirangka berdasarkan harga arang batu pada US$85/tan CIF pada semakan Mac 2009. Sejak dari itu, purata harga arang batu telah meningkat sehingga US$120/tan CIF baru-baru ini.

Semakan tarif ini juga dilaksanakan bagi menampung sebahagian daripada peningkatan kos pembekalan elektrik sejak 2006. Peningkatan jumlah modal, peralatan dan perbelanjaan bahan mentah serta pembangunan infrastruktur penyediaan elektrik telah mengakibatkan keadaan semakin meruncing.

Semakan kadar elektrik perlu bagi mencerminkan kos-kos yang semakin meningkat ini.

Bil elektrik terbaru

Bermula 1 Jun 2011, kadar purata elektrik untuk pengguna domestik akan meningkat sebanyak 4.52%.

Pengguna domestik yang mengguna di antara 1 hingga 300 kWh sebulan tidak akan terjejas dengan tarif baru. Mereka masih menikmati kadar subsidi 21.8 sen/kWh. Kadar elektrik ini tidak bertukar sejak 1997. Ini merangkumi kesemua 200,000 isi rumah miskin di Malaysia.





















Kadar elektrik terbaru