My Happiest Day

Daisypath Anniversary tickers

Jun 21, 2011

Kadar Elektrik Baru

Tahukah kamu semua yg kadar elektrik terbaru telah berkuatkuasa sejak 1 Jun 2011. Sebelum ni sy tak pernah amik kisah pon psl bil letrik kt umah sewa sy. Yela cukup bulan byr je duit umah kt zila. Bila masuk je gaji, sy tnya je zila. Bila dh tau brape jumlah dia, terus bg je duit kt zila. Adehhh..Tp skrg ni sejak umah sewa sy telah dikunjungi tetamu yg tak diundang, duit umah sy yg kutip. Kesian jugak kt zila, dh 2 tahun dia je yg kutip duit umah. So, dgn rasa rendah diri sy pon telah menawarkan diri utk kutip duit umah. Tp dgn syarat duit rumah tu kena bayar online. Sng kan. Jadi, xde la kena simpan duit cash byk2 masa tuan umah nk dtg kutip sewa. Cashless. Sy suka sy suka..Hihih...Bil letrik, astro & bil air pon sy dh byr guna maybank2u.com. Sng n cpt. Pantas gitu...

Okla..Dh panjang mengarut psl rumah plak...Disini sy bg info psl kadar letrik yg baru..

Kenapa kadar elektrik perlu dinaikkan?

Kenapa ye? Kesian kita sbg rakyat ni kan. Dh la harga petrol naik. Bila harga petrol dah naik, byk la harga brg2 lain yg naik. Skrg ni kadar elektrik pulak naik. Berikut adalah maklumat daripada kerajaan kenapa kadar elektrik perlu dinaikkan.

Ini adalah kerana peningkatan kos tenaga yang semakin ketara.

Menjelang 1 Jun 2011, TNB menanggung kos gas asli pada kadar RM13.70/mmBTU(British Thermal Unit). Peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding harga semasa iaitu RM10.70/mmBTU, berdasarkan keputusan kerajaan untuk menyemak mekanisme harga gas asli yang mencerminkan harga pasaran. Penyemakan akan dibuat setiap enam bulan.

Disebabkan peningkatan gas asli, bil TNB juga akan meningkat kepada lebih kurang RM1.5 bilion setahun.

Harga arang batu, yang menyumbang kepada 48.3 peratus kos tenaga oleh TNB juga telah meningkat. Arang batu kini dijual pada US $120 per tan berbanding US $85 per tan pada 2009.

Pada masa yang sama, harga arang batu juga telah meningkat.

Tarif baru ini dirangka berdasarkan harga arang batu pada US$85/tan CIF pada semakan Mac 2009. Sejak dari itu, purata harga arang batu telah meningkat sehingga US$120/tan CIF baru-baru ini.

Semakan tarif ini juga dilaksanakan bagi menampung sebahagian daripada peningkatan kos pembekalan elektrik sejak 2006. Peningkatan jumlah modal, peralatan dan perbelanjaan bahan mentah serta pembangunan infrastruktur penyediaan elektrik telah mengakibatkan keadaan semakin meruncing.

Semakan kadar elektrik perlu bagi mencerminkan kos-kos yang semakin meningkat ini.

Bil elektrik terbaru

Bermula 1 Jun 2011, kadar purata elektrik untuk pengguna domestik akan meningkat sebanyak 4.52%.

Pengguna domestik yang mengguna di antara 1 hingga 300 kWh sebulan tidak akan terjejas dengan tarif baru. Mereka masih menikmati kadar subsidi 21.8 sen/kWh. Kadar elektrik ini tidak bertukar sejak 1997. Ini merangkumi kesemua 200,000 isi rumah miskin di Malaysia.





















Kadar elektrik terbaru















Jimat Elektrik

Salam kawan2...

Sejak sy dipindahkan ke unit kecekapan tenaga nih, sy dh mula amik berat psl penjimatan tenaga. Maklumla sejak kt unit baru nih, byk jugak pendedahan psl cara2 nk jimatkan penggunaan tenaga seharian kita nih. Klu dlu2, kt opis ni sy just shutdown je pc. Takde inisiatif pon nk tutup suis. Hehehe...Terukkan sy nih.. Pemalas btol...Br sy tau walaupun kita dh shutdown pc kita tu tp klu x tutup suis, eletrik masih lg ada. So, akan menjejaskan bil letrik kita. Walaupun x byk jejaskan bil letrik, kita masih boleh mengambil inisiatif utk tutup suis bg menjimatkan bil letrik kita. Walaupun bukan kita yg byr bil letrik kt opis ni, tp kita telah membazir duit kerajaan. Btol x kawan2...

Mana la tau kan...Bila bil letrik kita dh jimat..Kot2 la kerajaan ada duit lebih utk bagi bonus tahun ni...Alhamdulillah. Teringin gak nk merasa bonus. Sy tak pernah lg merasa bonus sejak 2 tahun keje dgn gomen ni. Mesti korang ckp ala kn gomen ada bg duit rm500. Ok. Mmg ada bg. Tp jgn salah paham yer, yg tu bukan BONUS ok itu Bantuan Khas Kewangan je...Lain yer definisi dia.. Jgn la ckp sy x bersyukur plak. Mesti la sy bersyukur & gembira masa dpt duit tu. Sape la x gembira kan klu ada org bg duit...Org Utan je kot yg x gembira klu org bg duit. Sb dia nk buat apa dgn duit kan...Kuikuikui....

Nota kaki: GO GREEN!! Tema unit baru sy...
Pesanan penaja: Tiada siapa yg dpt mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri...

Jun 6, 2011

Special Entry

Entry kali ini sy buat special utk seseorang yg teramat istimewa utk sy...Insan ini dh lama sy kenal sebenarnye..sejak skolah menengah lg...tp mula kenal dgn lebih rapat dlm thn 2004...Sesiapa yg kenal rapat dgn sy mesti tau betapa istimewanyer insan itu dlm hidup sy..Tiada kata secantik bahasa yg dpt menggambarkan perasaan istimewa sy terhadap dia...

Sepanjang tempoh perkenalan kami, mcm2 cerita, mcm2 dugaan dh sy tempuh...pahit manis masam masin...smue ada...smue tu byk memberi sy pengajaran dan ilmu yg sgt berguna utk sy menempuhi hidup yg penuh liku2 di masa depan...ramai jugak la yg menjadi tempat sy meluahkan perasaan..menjadi org yg byk bg kata2 perangsang dan smgt utk sy teruskan perjuangan ini...Bayangkan la kan sejak 2004 lg..Mesti ramai org jd tempat sy meluahkan perasaan...Terima kasih yg tidak terhingga kepada smue kawan2 yg pernah menjadi tempat sy meluahkan apa yg terpendam dalam hatiku yg nan halus ini...Terima kasih juga kerana sudi mendengar n bagi nasihat yg amat berguna utk sy..Amat membantu sy utk terus kuat & lebih kuat lg...

Alhamdulillah...syukur pada-Nya...Hubungan sy dgn si dia dh bertambah ok skrg...mungkin sbb umur dh meningkat..jd 2-2 lebih matang dlm menjaga hubungan kami...Sy sentiasa berdoa smoga hubungan kami kekal hingga hujung nyawa..Andai dia tercipta utkku, smoga Tuhan percepat & permudahkan jodoh kami...Itulah doa yg xpernah lekang dr bibir sy setiap kali selepas solat...Sesungguhnya hambamu ini sgt lemah dlm menghadapi dugaan-Mu..Sejak mendapat nasihat dr Kros, sy sentiasa buat solat istikarah. Terima kasih Kros di atas nasihat awk. Smoga Tuhan tetapkan hatiku dan beri sy petunjuk yg mana yg terbaik dlm membuat keputusan..Smoga ini yg terbaik utk diri sy...Sesungguh hamba-Mu ini amat lemah dlm membuat keputusan. Sesungguhnye Allah lah yg lebih mengetahui apa yg terbaik hamba-Nya... Sy serahkan segala-galanye pada-Nya...

Sy mitak maaf pd si dia..Mungkin dh byk sgt dosa yg telah sy lakukan sepanjang perkenalan kita..Tp ketahuilah yg awk sentiasa di hati sy..Tak pernah ada lelaki lain yg dpt ganti tempat awk dlm hati sy..Walau apa pun yg telah sy kata n buat selama ini. Itu mungkin cara sy utk menyatakan yg sy teramat menyayanginyer...Mungkin cara sy menunjukkan kasih syg sy terhadap awk itu berbeza dr yg awk ingin kan...Tp itu mungkin cara sy..Sy arap awk bleh terima cara sy..Sy akan cuba utk blajar memahami awk...Sy arap awk pon sama..Wpun kita dh lama kenal. Tp sebenarnye kita belum kenal hati budi masing2 sepenuhnya. Btol la kata org...Lama mana pon kita kenal org tu. Tak semestinya kita betol2 kenal dia selagi kita tak tinggal serumah dgn dia. Sy mitak maaf byk2. Mungkin selama ini sy terlalu fokus terhadap keburukan awk. Sampai sy x nampak pon segala kebaikan awk. Sy tau sy pon bukan insan sempurna. Sy pon ada kekurangan sy sendiri. Sy arap awk dpt terima segala kebaikan & keburukan sy.

Sy mitak maaf jugak. Mungkin awk kecik hati aritu bila awk baca msg sy dgn kawan sy. Sy ckp yg sy dgn awk ni kawan biasa jer. Lepas baca msg tu, tiap2 ari awk perli sy dgn kata2 dlm msg tu. Sy tau awk kecik ati. Tp Itu bukan bermakna sy x syg awk. Tp jauh di sudut hati sy. Sy x berani nk mengaku yg awk adalah insan istimewa sy. Ada sedikit perasaan takut & x yakin utk mengaku. Terukkan sy. Selagi xde perjanjian kukuh antara keluarga kita, sy masih ada sedikit perasaan x yakin dgn hubungan kita ni. Senang kata, sy agak fobia. Takut awk tinggalkan sy. Takut peristiwa raya thn lepas berulang lg. Tak dpt sy nk bayangkan lg peristiwa tahun lepas. Tak sanggup sy nk tgk mak ayah sy kecewa. Mungkin awk xphm. Sy tau jauh disudut hati mak ayah sy, diorang amat menunggu kedatangan keluarga awk utk dtg beraya di rumah sy. Tp lain plak yg terjadi. Malas dh sy nk ingat peristiwa. Agak pedih utk ditelan. Tp jauh disudut hati sy, sy mmg x mahu awk tinggalkan sy. Sbb sy teramat syg kt awk. Tak sanggup sy bayangkan kalau awk xde depan mata sy.

Sy arap apa yg kita rancangkan utk raya kali ini akan menjadi kenyataan. Kali ini sy redha. Wpun apa2 pon yg terjadi sy akan terima. Kita hanya mampu merancang, namun Tuhan yg menentukan segalanya. Mulai arini, sy ingin belajar utk pk +ve. Walau apa2 pun yg terjadi. InsyaAllah sy akan terima dgn hati yg terbuka.

Harapan sy, smoga kita lebih tabah utk menghadapi mcm2 rintangan di hadapan. Sy akan belajar utk memahami & menerima awk seadanya. Sy arap awk pon sama. Dapat terima kebaikan & keburukan sy. Smoga kita sama2 berubah menjadi insan yg lebih baik dari hari ini. Andai awk ditakdirkan sebagai jodoh yg terbaik utk sy, sy arap smoga awk dpt menjadi seorang ketua keluarga yg beriman, bert/jawab, penyayang dan sebagainya. Smoga awk dpt membimbing sy utk menjadi isteri, menantu, anak & ibu yg solehah..Yang sentiasa taat pada suami, mak ayah & mertua sy. Aminnnn....Itu saja harapan dr sy.. Bukan kemewahan melimpah ruah yg sy pinta. Cuma secebis kasih syg n sokongan yg diperlukan dr insan yg bernama suami. Sentiasa ada tika sy susah & senang. Sentiasa bg kata2 smgt masa sy lemah. Sentiasa pinjamkan bahu utk sy menangis. Sentiasa hulurkan bantuan tika sy memerlukan. Sentiasa bg sy nasihat & bimbingan dlm segala hal. Sentiasa ada bersama sy. Sentiasa perbetulkan kesilapan sy dgn cara yg berhemah, smoga sy dpt terima segala tegurannya. Redha isteri terletak pd redha suami.

Sy ingat lg, dlu2 kalau sy ckp psl kawen je. Mesti awk naik angin. Sy pon tatau kenapa. Mungkin awk x bersedia lg. Tp awk tatau betapa sedihnye sy bila awk marah sy blk tika itu. Tuhan saje yg tahu, betapa kecewanye sy. Sy redha. Mungkin Tuhan lambatkan jodoh sy masa tu sbb sy belum bersedia lg. Tp sy amat bersyukur skrg. Perangai awk dh byk berubah. Awk dh x mcm dlu lg. Sy tak nk ingat dah cite2 sedih dlu. Biarlah smuenye tersimpan kemas dlm ingatan sy. Sy berharap awk akan berubah menjadi insan yg lebih baik dari hari ini. Sama2 lah kita berubah yer awk. Harapan sy smoge sy dikurniakan sebuah keluarga yg bahagia hingga akhir hayat sy. Itu lah hadiah yg plg bermakna dlm hidup sy. Semoga Tuhan kurniakan sy kekuatan & ketabahan utk mengharungi dugaan yg mendatang. Aminnnnnn

Nota kaki: Sejak smlm, mood sy adalah mood sedih, terharu n sedikit feeling...

Percaya Padaku

Percaya Padaku

Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

[**]
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Jun 5, 2011

Naluri seorang wanita

Salam semua..

Sungguh pilu hati ini tika membaca entry dari link ini... sori..sy x reti nk wat link..kisah seorang ibu yg setelah sekian lama menanti permata pertama lahir ke dunia..tp setelah lahir terdapat mslh kesihatan pula...tp dgn keazaman yg kuat, beliau berusaha untuk memberikan susu ibu kerana percaya susu ibu ini adalah mknn yg terbaik utk bb.

Sungguh sy terharu sampai air mata sy mengalir mencurah2 dgn lajunya tanpa dpt ditahan lg...sensitif sggh hati wanita ku ini...ak sangat bangga dgn ibu2 di luar sana..yang sanggup buat apa saja..asalkan bb dpt menikmati susu ibu.. mknn plg berkhasiat utk bb...org pertama yg perkenalkan psl penyusuan ibu kpd sy adalah kros...dialah yg byk bg info psl penyusuan ni..sy sgt kagum dgn beliau...sejak mendapat pendedahan tentang penyusuan ibu nih... sy mmg telah berazam... insyaAllah Tuhan akan bg sy kekuatan untuk menyusu bb sy nt...walaupun sy belum kawen apatah lg mempunyai bb sendiri...tp keinginan untuk menyusu bb sy sdiri amat kuat...

Semoga bakal suami sy nt akan memberi sokongan yg kuat pada sy..sy tau sy seorang yg sgt lemah..tp insyaAllah...sy mohon pada Tuhan agar bg sy kekuatan untuk melakukannye.....sungguh sebak hati ini bila memikirkan kasih sayang seorang ibu...kasih sayang yg xde nilai gantinye...walau apa pon yg sy lakukan pada mak sy...smuenye x dpt bls segala jasa beliau menjaga n mendidik sy selama ini sehingga menjadi insan yg berguna di dunia ini...mak....yah syg mak sgt2...wpun yah x pernah ckp...tp jauh di sudut hati ini...yah sanggup lakukan apa saja utk mak...mak sy mmg seorang yg sgt tabah..sy sgt kagum dgn beliau...wpun kami jarang bercakap...i love u mak...

Tetiba je hati ini sebak...menangis kt ofis sorang2...lps baca entry kt blog tu...tersentuh hati wanitaku....oh Tuhan...ampunkan dosa mak ak...

Harapan sy...smoga sy dpt jd ibu terbaik untuk anak2 sy nt....amin....